Monday, December 6, 2010

Sambutan Maalhijrah 1423h

Assalamualaikum...
Hari ini aku menimba pengalaman terbaru sempena sambutan Maalhijrah 1423h bersamaan 2010 masihi.
Aktiviti ini pada hari isnin bersamaan 6/12/2010...Aktiviti ini adalah bawah pengelolaan kelab kayak yang aku telah sertai anjuran pejabat agama kuala terengganu. Aktiviti yang dijalankan adalah ekspedisi bermotor dan berkayak. Ekspedisi bermotor yang disertai seramai 104 orang belia dengan pelbagai jenis motor dari yang berkuasa tinggi hingga yang bak kata mc itu motor kapcai bermula ekspedisi dari dewan orang ramai kuala telemong hingga ke taman tamadun islam. Dan bagi peserta kayak yang disertai oleh 57 orang pelajar UniSZa dan 44 orang daripada yang profesional dan dari kelab kecergasan bermula ekspedisi dari sungai telemong juga hingga ke taman tamadun islam. Perjalanan ekspedisi bagi peserta kayak mengambil masa 4 jam untuk smpai ke taman tamadun islam. Ekspedisi bermula pada pukul 12 tengah hari sehingga pukul 4 petang. Selepas sahaja sampai ke taman tamadun islam peserta ekspedisi menjamu selera dan meneruskan agenda penutupan ekspedisi bermotor dan berkayak sempena sambutan Maalhijrah 1423h. Majlis penutupan bermula pada jam 5.30 petang setelah siap peserta berkayak menyalin pakaian dan majlis dilanjutkan dengan agenda ceramah yang disampaikan oleh naib juara imam muda iaitu ustaz hisbul sehingga jam 6.45 petang. Selesai sahaja majlis tersebut imam masjid kristal mengetuai pembacaan doa akhir tahun dan seterusnya peserta menunaikan solat maghrib berjemaah dan solat hajat. Dan aktiviti pada hari ini tamat pada pukul 8.30 malam setelah peserta unisza smpai ke blok masing-masing.
Dan bagi aku ini adalah pengalaman yang tidak pernah aku jangkakan dan sahabat-sahabatku yang lain iaitu wani dan eka.
Wassalam....

Wednesday, December 1, 2010

Berakhir Perjuangan Sem 1

Hari ini hari terakhir perjuangan aku semester 1 ini.....Lepas ini bermulalah cuti semester pertama....tapi aku masih kena still duduk sekat sini disebabkan ada lagi perjuangan untuk dihabiskan iaitu kejohanan taekwando pada 18 dan 19 hb ini...Kertas terakhir yang baru sahaja lepas beberapa jam tadi adalah kertas principle of marketing yang bagi aku sangat susah kerana soalannya semua stuktur dan esei...memerlukan penghafalan yang banyak tapi tadi Alhamdulillah aku boleh jawab dan moga2 mendapat keputusan yang baik....Lepas ini tujuan aku hanya fokus kepada latihan taekwando untuk mendapat pingat di kejohanan tersebut....