Wednesday, November 24, 2010

Hari Ini Berterusan

Assalamualaikum....
Hari ini sudah masuk hari ke 3 krisis air berterusan di kawasan Gong Badak ini. Bagi pelajar Unisza seperti aku pada saat ini amat memerlukan air kerana di kawasan unisza sudah kehabisan bekalan air. Jalan lain yang digunakan untuk mendapat air adalah dengan menadah air hujan dalam pada masa yang sama waktu ini adalah masih musim tengkujuh dan terengganu masih diturunkan hujan yang lebat. Tapi ujian yang Allah turunkan kepada aku sangat la aku rasa besar sehinggakan aku rasa aku tidak sanggup lagi untuk bertahan. Berbanding dengan orang lain aku amat memerlukan air yang teramat sangat pada masa ini. Entah apa yang telah aku makan hingga menyebabkan aku terkena penyakit itu buat masa sekarang.

Tuesday, November 23, 2010

exam bermula

Assalamualaikum...
Setelah tiga minggu bercuti dan dalam pada masa minggu mengulang kaji kini sudh bermula peperiksaan final semester 1 bagi aku dan pelajar lain di Universiti Sultan Zainal Abidin. peperiksaan bagi program aku ijazah sarjana muda perakaunan bermula pada 21 haribulan 12 tahun 2010 iaitu hari ahad yang baru berlalu 2 hari lepas. Hari ini sudah masuk hari ketiga dan 2 kertas telah Alhamdulillah aku menjawab dengan mungkin jayanya.
Berbekalkan dengan segala apa yang telah aku belajar dan ulangkaji semoga jawapan yang aku jawab tadi betul dan memberi markah.
Dalam pada masa pelajar UniSza gigih dan bertungkus lumus menjawab peperiksaan akhir ini, kami menghadapi masalah air yang sangat kritikal sehingga kan tiada setitik air pun yang keluar dari pili tandas.
Masuk hari ini masalah ini telah berlanjutan selama 2 hari dan akhirnya kami mengetahui punca masalah yang sesungguhnya seluruh kawasan di daerah gong badak ini mengalami ketiadaan air diatas kebocoran paip yang entah dimana tempat bocornya.
Untuk menghadapi peperiksaan akhir ini telah memberi beberapa tekanan keatas kami ini ditambahkan lagi dengan krisis air yang entah berapa lama ia akan berlanjutan. Untuk meneruskan hari esok kami tidak tahu dimana untuk mendapatkan bekalan air untuk membersihkan diri.
Semoga masalah ketiadaan air ini tidak berlanjutan dalam masa yang lama..
wassalam .....

Friday, November 19, 2010

menghadapi kekeliruan

Assalamualaikum....
Dah lama aku rasa perasaan macam nie tapi aku tak tahu nak buat macam mana.
Perasaan aku bermula selepas mendengar segala cerita luahan dan juga nasihat dari seorang hamba Allah yang aku sangat tidak aku sangka aku akan berjumpa die di negeri yang dikatakan islamik.
Bagi aku mendengar segala celoteh, cerita, nasihat dan luahan daripada dia amat memberikan aku satu kesan yang bagi aku, aku tidak tahu untuk memperlakukan apa terhadap kesan itu. Aku inginkan perubahan tapi aku tidak kuat dan gagah untuk membuat dan mempertahankan perubahan itu walaupun aku belum mencuba.
Aku juga malu untuk meminta pandangan dan juga pendapat tentang masalah yang sedang aku hadapi walaupun kepada dia.
Apakah reaksi dia bila dia dengar masalah aku?
Sehingga kini aku dibelenggu perasaan tersebut. Perasaan aku terkadang berubah dengan berlalunya waktu.
Aku tidak teguh dengan pendirian aku. Aku tidak menetapkan hati aku untuk berubah sebetul-betulnya.
Sampai bila aku akan rasa macam ini pun aku tidak mengatahuinya mungkin sehinggalah aku terlambat untuk berubah?
ya ALLAH, aku mohon dengan sangat kepada mu ya ALLAH kau teguhkan lah hatiku dengan keputusan yang terbaik, kau berilah aku petunjuk ke atas segala masalah yang sedang aku hadapi dan kau bukakanlah hatiku untuk menjadi hambamu yang taat dan hanya ada engkau di hatiku di setiap detik dan saat.

Disaat  ini hanya itu yang mampu aku lakukan hanya berdoa dan memohon dari pencipta yang menciptakan aku sebaik2 manusia.Semoga selepas ini aku mendapat perubahan yang aku inginkan.
sekian, wassalam.

Wednesday, November 10, 2010

Solat Tiang Agama

Assalamualaikum......

Cerita nie just paste dari facebook hanya sekadar peringatan kepada pembaca..
sapa2 student Islam yang nak pekser... tapi solat tak jaga... tinggal... lengah2 tu.... belajar mike tak berkat.... tak de makna mike dapat skor 4 flat. Allah murka...!!!! better mike tak pandai..... tapi amalan solat fardhu 5 waktu mike jaga <berjemaah dan awal waktu>
renungkan.

cam ner mike x fail exam.... solat pun tak jaga.... ingat, segala ilmu milik Allah.... yang bagi faham pun Allah... yang bagi mike berjaya pun Allah.... yang bagi GaGAl pun ALLAh... sebab mike tak jaga solat fardhu dan niat deme gelong... <Ikhlaskan belajar kerana Allah>

good luck 4 your final exam in U....!!! chaiyok...3x.... gambattee aja aja fighting....

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah,
Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut.

Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.
Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah.
Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh,
namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti,
sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu.

Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam?
Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya.
"Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."
"Makcik lihatlah betul-betul." kata saya.

Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.

Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.
Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.

"Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata,

"Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya.
Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja,
dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.
Dia memang anak yang baik.

Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin.

Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.

Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.
Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.

Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.
Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya. Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.

Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.
Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya.

"Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?

Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.

Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya. Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi,
yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.

Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat
bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?
sekian..semga cerita ini dapat memberi pengajaran yang baik kepada sesiapa yang membaca dan memberi kesan yang baik kepada pembaca.
wassalam...

Friday, November 5, 2010

new comer....

assalamualaikum....
Hari nie aku bru start guna blog. ini adlh saranan drpda ustaz aku. Die ckp aku ddk kat u lebih sesuai guna blog rather than facebook. Kat facebook mcm2 bleh jadi. ada sesetengah negara islam mengharamkan facebook sebab kat facebook org boleh memfitnah dan tercetusnya pergaduhan. Jadi dia sarankan la blog nie kat aku. Blog nie boleh jadi macam diari kita. Boleh tulis ape yang kita rasa nak tulis.so sekarang aku baru nak mencuba. kat sini juga aku harap aku boleh dapat pendapat daripada sape2. mungkin boleh membantu dalam menjalani kehidupan ni. salam