Tuesday, November 23, 2010

exam bermula

Assalamualaikum...
Setelah tiga minggu bercuti dan dalam pada masa minggu mengulang kaji kini sudh bermula peperiksaan final semester 1 bagi aku dan pelajar lain di Universiti Sultan Zainal Abidin. peperiksaan bagi program aku ijazah sarjana muda perakaunan bermula pada 21 haribulan 12 tahun 2010 iaitu hari ahad yang baru berlalu 2 hari lepas. Hari ini sudah masuk hari ketiga dan 2 kertas telah Alhamdulillah aku menjawab dengan mungkin jayanya.
Berbekalkan dengan segala apa yang telah aku belajar dan ulangkaji semoga jawapan yang aku jawab tadi betul dan memberi markah.
Dalam pada masa pelajar UniSza gigih dan bertungkus lumus menjawab peperiksaan akhir ini, kami menghadapi masalah air yang sangat kritikal sehingga kan tiada setitik air pun yang keluar dari pili tandas.
Masuk hari ini masalah ini telah berlanjutan selama 2 hari dan akhirnya kami mengetahui punca masalah yang sesungguhnya seluruh kawasan di daerah gong badak ini mengalami ketiadaan air diatas kebocoran paip yang entah dimana tempat bocornya.
Untuk menghadapi peperiksaan akhir ini telah memberi beberapa tekanan keatas kami ini ditambahkan lagi dengan krisis air yang entah berapa lama ia akan berlanjutan. Untuk meneruskan hari esok kami tidak tahu dimana untuk mendapatkan bekalan air untuk membersihkan diri.
Semoga masalah ketiadaan air ini tidak berlanjutan dalam masa yang lama..
wassalam .....

No comments:

Post a Comment