Friday, November 19, 2010

menghadapi kekeliruan

Assalamualaikum....
Dah lama aku rasa perasaan macam nie tapi aku tak tahu nak buat macam mana.
Perasaan aku bermula selepas mendengar segala cerita luahan dan juga nasihat dari seorang hamba Allah yang aku sangat tidak aku sangka aku akan berjumpa die di negeri yang dikatakan islamik.
Bagi aku mendengar segala celoteh, cerita, nasihat dan luahan daripada dia amat memberikan aku satu kesan yang bagi aku, aku tidak tahu untuk memperlakukan apa terhadap kesan itu. Aku inginkan perubahan tapi aku tidak kuat dan gagah untuk membuat dan mempertahankan perubahan itu walaupun aku belum mencuba.
Aku juga malu untuk meminta pandangan dan juga pendapat tentang masalah yang sedang aku hadapi walaupun kepada dia.
Apakah reaksi dia bila dia dengar masalah aku?
Sehingga kini aku dibelenggu perasaan tersebut. Perasaan aku terkadang berubah dengan berlalunya waktu.
Aku tidak teguh dengan pendirian aku. Aku tidak menetapkan hati aku untuk berubah sebetul-betulnya.
Sampai bila aku akan rasa macam ini pun aku tidak mengatahuinya mungkin sehinggalah aku terlambat untuk berubah?
ya ALLAH, aku mohon dengan sangat kepada mu ya ALLAH kau teguhkan lah hatiku dengan keputusan yang terbaik, kau berilah aku petunjuk ke atas segala masalah yang sedang aku hadapi dan kau bukakanlah hatiku untuk menjadi hambamu yang taat dan hanya ada engkau di hatiku di setiap detik dan saat.

Disaat  ini hanya itu yang mampu aku lakukan hanya berdoa dan memohon dari pencipta yang menciptakan aku sebaik2 manusia.Semoga selepas ini aku mendapat perubahan yang aku inginkan.
sekian, wassalam.

No comments:

Post a Comment