Wednesday, November 24, 2010

Hari Ini Berterusan

Assalamualaikum....
Hari ini sudah masuk hari ke 3 krisis air berterusan di kawasan Gong Badak ini. Bagi pelajar Unisza seperti aku pada saat ini amat memerlukan air kerana di kawasan unisza sudah kehabisan bekalan air. Jalan lain yang digunakan untuk mendapat air adalah dengan menadah air hujan dalam pada masa yang sama waktu ini adalah masih musim tengkujuh dan terengganu masih diturunkan hujan yang lebat. Tapi ujian yang Allah turunkan kepada aku sangat la aku rasa besar sehinggakan aku rasa aku tidak sanggup lagi untuk bertahan. Berbanding dengan orang lain aku amat memerlukan air yang teramat sangat pada masa ini. Entah apa yang telah aku makan hingga menyebabkan aku terkena penyakit itu buat masa sekarang.




















No comments:

Post a Comment