Sunday, March 20, 2011

Taekwando Family day

Assalamualaikum.....
12 march 2011 menghdirkn diri ke hari keluarga taekwando di air terjun sekayu....amat menyeronokkan wlupun cuaca yg agak tak menentu iaitu hujan sepanjang hari. selain tue dapat hilangkan stress dengan bermandi manda di air terjun sekayu...tp aku x mndi la, just dok atas batu dan pegang payung sebab hujan...kui3

                                                      nie lah family taekwando tp nie x pegi sume..
                                                        separuh je yg ade kt cnie....


game yg dipertandingkn : susun bata sir yg menang

mkn tengahari barbeque ngan ikan bakar pak cik tue belanja

mandi manda time hujan lepas men game

reward yg dimenangi detiap jenis game

game tarik guni, sume pakat ngaku diri ringan...

game pancing botol sir jgk yg juara...

bowling kelapa...huh, bhya smpi terbang bowling tue...


itue lah aktiviti yg dilakukan sepanjang satu hari di taekwando family day....
salam.....:-)

Tuesday, March 8, 2011

6 / 03 / 2011

Assalamualaikum.....
6 / 03 / 2011 adlh tarikh dimana abg dan satu-satunya kakak yang aku punya kahwin....kui3...aku terpaksa skip 2 harinyer klas sbb perkara nie...boleh dikatakan sgt meriah la jgk dan sgt pent la sbb kenduri kat umh sendiri....hehehe
1st time dan kali terakhir kejadian tue berlaku iaitu bas telh mngglkan aku...hahaha
aku terlmbt 5 minit mcm tue la tp dh kena tinggl...padan muka msa kt umh wat koya2 lgi....
lpas tue kejar bas smpi tnjg malim tpi smpi tnjg malim org tue ckp kol 11 td bas dh smpi rawang...kui3
punya laju bas tue bergerak....
last2 beli tiket kol 11 mlm n smpi trngganu kol 6.45 pah tue kol 8 g klas....
end my day hri tue mcm tue...kui3..
wassalam.....:-)








Monday, December 6, 2010

Sambutan Maalhijrah 1423h

Assalamualaikum...
Hari ini aku menimba pengalaman terbaru sempena sambutan Maalhijrah 1423h bersamaan 2010 masihi.
Aktiviti ini pada hari isnin bersamaan 6/12/2010...Aktiviti ini adalah bawah pengelolaan kelab kayak yang aku telah sertai anjuran pejabat agama kuala terengganu. Aktiviti yang dijalankan adalah ekspedisi bermotor dan berkayak. Ekspedisi bermotor yang disertai seramai 104 orang belia dengan pelbagai jenis motor dari yang berkuasa tinggi hingga yang bak kata mc itu motor kapcai bermula ekspedisi dari dewan orang ramai kuala telemong hingga ke taman tamadun islam. Dan bagi peserta kayak yang disertai oleh 57 orang pelajar UniSZa dan 44 orang daripada yang profesional dan dari kelab kecergasan bermula ekspedisi dari sungai telemong juga hingga ke taman tamadun islam. Perjalanan ekspedisi bagi peserta kayak mengambil masa 4 jam untuk smpai ke taman tamadun islam. Ekspedisi bermula pada pukul 12 tengah hari sehingga pukul 4 petang. Selepas sahaja sampai ke taman tamadun islam peserta ekspedisi menjamu selera dan meneruskan agenda penutupan ekspedisi bermotor dan berkayak sempena sambutan Maalhijrah 1423h. Majlis penutupan bermula pada jam 5.30 petang setelah siap peserta berkayak menyalin pakaian dan majlis dilanjutkan dengan agenda ceramah yang disampaikan oleh naib juara imam muda iaitu ustaz hisbul sehingga jam 6.45 petang. Selesai sahaja majlis tersebut imam masjid kristal mengetuai pembacaan doa akhir tahun dan seterusnya peserta menunaikan solat maghrib berjemaah dan solat hajat. Dan aktiviti pada hari ini tamat pada pukul 8.30 malam setelah peserta unisza smpai ke blok masing-masing.
Dan bagi aku ini adalah pengalaman yang tidak pernah aku jangkakan dan sahabat-sahabatku yang lain iaitu wani dan eka.
Wassalam....

Wednesday, December 1, 2010

Berakhir Perjuangan Sem 1

Hari ini hari terakhir perjuangan aku semester 1 ini.....Lepas ini bermulalah cuti semester pertama....tapi aku masih kena still duduk sekat sini disebabkan ada lagi perjuangan untuk dihabiskan iaitu kejohanan taekwando pada 18 dan 19 hb ini...Kertas terakhir yang baru sahaja lepas beberapa jam tadi adalah kertas principle of marketing yang bagi aku sangat susah kerana soalannya semua stuktur dan esei...memerlukan penghafalan yang banyak tapi tadi Alhamdulillah aku boleh jawab dan moga2 mendapat keputusan yang baik....Lepas ini tujuan aku hanya fokus kepada latihan taekwando untuk mendapat pingat di kejohanan tersebut....

Wednesday, November 24, 2010

Hari Ini Berterusan

Assalamualaikum....
Hari ini sudah masuk hari ke 3 krisis air berterusan di kawasan Gong Badak ini. Bagi pelajar Unisza seperti aku pada saat ini amat memerlukan air kerana di kawasan unisza sudah kehabisan bekalan air. Jalan lain yang digunakan untuk mendapat air adalah dengan menadah air hujan dalam pada masa yang sama waktu ini adalah masih musim tengkujuh dan terengganu masih diturunkan hujan yang lebat. Tapi ujian yang Allah turunkan kepada aku sangat la aku rasa besar sehinggakan aku rasa aku tidak sanggup lagi untuk bertahan. Berbanding dengan orang lain aku amat memerlukan air yang teramat sangat pada masa ini. Entah apa yang telah aku makan hingga menyebabkan aku terkena penyakit itu buat masa sekarang.

Tuesday, November 23, 2010

exam bermula

Assalamualaikum...
Setelah tiga minggu bercuti dan dalam pada masa minggu mengulang kaji kini sudh bermula peperiksaan final semester 1 bagi aku dan pelajar lain di Universiti Sultan Zainal Abidin. peperiksaan bagi program aku ijazah sarjana muda perakaunan bermula pada 21 haribulan 12 tahun 2010 iaitu hari ahad yang baru berlalu 2 hari lepas. Hari ini sudah masuk hari ketiga dan 2 kertas telah Alhamdulillah aku menjawab dengan mungkin jayanya.
Berbekalkan dengan segala apa yang telah aku belajar dan ulangkaji semoga jawapan yang aku jawab tadi betul dan memberi markah.
Dalam pada masa pelajar UniSza gigih dan bertungkus lumus menjawab peperiksaan akhir ini, kami menghadapi masalah air yang sangat kritikal sehingga kan tiada setitik air pun yang keluar dari pili tandas.
Masuk hari ini masalah ini telah berlanjutan selama 2 hari dan akhirnya kami mengetahui punca masalah yang sesungguhnya seluruh kawasan di daerah gong badak ini mengalami ketiadaan air diatas kebocoran paip yang entah dimana tempat bocornya.
Untuk menghadapi peperiksaan akhir ini telah memberi beberapa tekanan keatas kami ini ditambahkan lagi dengan krisis air yang entah berapa lama ia akan berlanjutan. Untuk meneruskan hari esok kami tidak tahu dimana untuk mendapatkan bekalan air untuk membersihkan diri.
Semoga masalah ketiadaan air ini tidak berlanjutan dalam masa yang lama..
wassalam .....

Friday, November 19, 2010

menghadapi kekeliruan

Assalamualaikum....
Dah lama aku rasa perasaan macam nie tapi aku tak tahu nak buat macam mana.
Perasaan aku bermula selepas mendengar segala cerita luahan dan juga nasihat dari seorang hamba Allah yang aku sangat tidak aku sangka aku akan berjumpa die di negeri yang dikatakan islamik.
Bagi aku mendengar segala celoteh, cerita, nasihat dan luahan daripada dia amat memberikan aku satu kesan yang bagi aku, aku tidak tahu untuk memperlakukan apa terhadap kesan itu. Aku inginkan perubahan tapi aku tidak kuat dan gagah untuk membuat dan mempertahankan perubahan itu walaupun aku belum mencuba.
Aku juga malu untuk meminta pandangan dan juga pendapat tentang masalah yang sedang aku hadapi walaupun kepada dia.
Apakah reaksi dia bila dia dengar masalah aku?
Sehingga kini aku dibelenggu perasaan tersebut. Perasaan aku terkadang berubah dengan berlalunya waktu.
Aku tidak teguh dengan pendirian aku. Aku tidak menetapkan hati aku untuk berubah sebetul-betulnya.
Sampai bila aku akan rasa macam ini pun aku tidak mengatahuinya mungkin sehinggalah aku terlambat untuk berubah?
ya ALLAH, aku mohon dengan sangat kepada mu ya ALLAH kau teguhkan lah hatiku dengan keputusan yang terbaik, kau berilah aku petunjuk ke atas segala masalah yang sedang aku hadapi dan kau bukakanlah hatiku untuk menjadi hambamu yang taat dan hanya ada engkau di hatiku di setiap detik dan saat.

Disaat  ini hanya itu yang mampu aku lakukan hanya berdoa dan memohon dari pencipta yang menciptakan aku sebaik2 manusia.Semoga selepas ini aku mendapat perubahan yang aku inginkan.
sekian, wassalam.